Asal usul taiplogo berasal semenjak abad Ke-19, apabila pengilangan barangan perdagangan menjadi penting. Perindustrian cara baru membenarkan pengeluaran yang tinggi berbanding semasa barangan diperbuat dengan tangan. Barangan baru telah diagihkan ke kawasan geografi yang luas, termasuk di luar negara. Peserta-peserta baru muncul dari masa ke masa, dan tawaran barangan yang sama jenis meningkat dengan giatnya. Pada masa itu, sebahagian besar penduduk masih buta huruf. Pemimpin industri tidak lama kemudian menyedari bahawa orang awam tidak dapat membezakan dengan mudah barangan mereka berbanding barangan yang sama dari pesaing-pesaing mereka. Semakin banyak pengeluar menggunakan simbol, tanda atau lambang pada keluaran masing-masing agar semua pembeli boleh mengenal pasti dengan mudah barangan yang mereka mahu.
Pengilang kemudiannya mula meletakkan nama syarikat atau barangan pada tanda mereka. Nama ini kerap kali dibentuk dalam satu cara yang tertentu oleh setiap pengeluar, ini kemudiannya digabungkan dengan taiplogo, yang buat pertama kalinya menggunakan tanda dan nama, menjadi sangat popular. Pada seberapa dekad terakhir, bila logo baru sedang direka, pemilik, pengiklanan profesional, dan pereka grafik selalu cuba mewujudkan satu tanda atau lambang yang digabungkan bersama-sama dengan nama syarikat, barangan, atau perkhidmatan, akan muncul sebagai taiplogo.
SUMBER : http://ms.wikipedia.org
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
0 comments:
Post a Comment