Pada masa kini istilah 'logo' telah digunakan bagi menggambarkan isyarat, (emblem), (coat of arms), simbol dan juga bendera. Pada akhir rencana ini beberapa contoh jenis logo 'true' dipaparkan, yang secara amnya berbeza dengan emblem, atau tanda yang merangkumi jenis grafik bukan-teks. Emblem dengan kandungan bukan teks adalah dibezakan dengan yang jenis logo sebenarnya.
Sifat unik sesuatu jenislogo adalah penting bagi mengelakkan kekaburan dikalangan pelanggan, pembekal, pengguna, afliate, dan orang ramai. Sejauh mana sesuatu jenislogo mencapai matlamat ini, ia boleh berfungsi sebagai tanda dagang, dan boleh digunakan bagi mengenalpasti secara unik business, organisasi, peristiwa, produk, datau perkhidmatan. Apabila jenislogo direka, satu cara yang paling berkesan adalah mendaftarkannya sebagai tandadagang, agar pihak ketiga yang tidak sah tidak boleh menggunakannya, atau mengganggu pemilik menggunakannya. Sekiranya hak berkait dengan jenislogo diestablished dan dipertahankan dengan betul, ia mampu menjadi harta hakmilik intelektual (intellectual property) yang berharga.
Ramai orang menganggap sesuatu logo hanyalah satu simbol grafik atau tanda. Walau bagaimanapun, ini bukan definisi yang tepat bagi pereka grafik dan ahli profesional pengiklanan. Sesuatu logo terdiri daripada samada nama; atau nama dan lambang. Imej-imej di kanan ialah contoh bagi dua jenis logo tersebut.
Syarikat-syarikat besar membelanjakan beratus ribu dollar untuk mengemaskini dan mendirikan logo mereka, sementara perniagaan-perniagaan kecil menggunakan khidmat pereka grafik tempatan untuk membina logo korporat mereka.
SUMBER: http://ms.wikipedia.org
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
0 comments:
Post a Comment