Pages

Monday, March 4, 2013

DEFINISI ARCA


Arca merupakan hasil seni berbentuk 3 dimensi ( 3D ). Arca berasal daripada perkataan ‘ sculpture ’ yang beerti mengukir, memotong, menebuk atau melarik.Biasanya arca diletakkan di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran. Nilai estetiknyadapat dihayati dengan pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan arca bolehdipandang dari pelbagai sudut pandangan. Arca juga terdapat dalam bentuk realistik atau bentuk abstrak.
            Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa bersejarah, atau kehidupan seorang tokoh. Arca bertujuan sebagai seni awam yangdipamerkan di luar, tetapi kekadangnya juga dipamerkan di dalam bangunan awamuntuk menegaskan sesuatu dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang bolehditekankan melalui penggunaan perkataan.
            Menjelang abad ke dua puluh, apabila seni mencapai dimensi baru, arca berubahkepada ciri abstrak dan membuka era baru dalam peradaban arca. Kategori arca bolehdibahagikan kepada dua iaitu arca estetik dan arca berfungsi.Ciri-Ciri
            Arca yang baik dan kreatif Arca yang kreatif dan baik haruslah dihasilkan menepati tema dan tajuk yang ingindiketengahkan oleh pengkarya. Kebiasaannya pengkarya ingin berkongsi tema bersama dengan pengarca yang lain. Tema yang ingin diketengahkan seperti perkongsian maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan. Semua persoalan yang ingin diketengahkan haruslah ada pada arca yangdihasilkan dan mampu menonjolkan persoalan berkenaan melalui hasilan pengkarya.
           
Bahan binaan arca juga haruslah sesuai dengan tujuan hasilan. Dalam pengkaryaanarca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai penggunaan bahan danmedia. Maka dengan itu kesepaduan dalam pelbagai penggunaan bahan dan mediadapat menjadikan sesuatu arca yang kreatif dan menepati ciri-ciri sebuah arca bersesuaian denga tema.Arca yang baik haruslah kukuh, kuat, selamat dan tahan lama. Sejarah arcamembuktikan bahawa sebuah arca yang baik menggunakan alat dan bahan terdiridaripada kombinasi yang padat dan kukuh.
            Pengkarya arca akan dianggap dapat menghasilkan sebuah arca yang baik apabila berjaya mempelbagaikan bahan yang diadun atau dipasang dengan baik. Arcakhususnya asemblaj mengadunkan pelbagai bahan lalu membentuk kesatuankomposisi yang artistik.Arca yang baik dan kreatif juga haruslah berjayamengaplikasikan asas seni reka, estetika dan etika pengkaryaan. Objek akan digubah berdasarkan asas seni reka. Apabila asas seni reka ini diaplikasikan dengan baik dan betul, penampilan karya akan menjadi lebih terancang dan rapi.
            Akhir sekali yang paling penting dalam menhasilkan sebuah arca yang baik dankreatif ialah arca berkenaan haruslah bebas daripada ciplakan atau plagiat. Sebagai pengkarya yang memahami hakikat keaslian, ciplakan adalah satu kelemahan lebih-lebih lagi jika penghasilannya bertujuan komersial. Arca yang dihasilkan haruslahhanya satu dan tiada ditempat lain

2 comments: