Pages

Friday, January 14, 2011

Gubahan Warna


Sewarna

Sewarna adalah kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton.Ia juga dikenali sebagai warna monokrom Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan lebih warna putih. Nilai warna akan terus meningkat jika dicampurkan dengan warna hitam. antara kelebihan sewarna atau warna monokrom ini ialah:
  • Dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa
  • Boleh menimbulkan gambaran ruang dan perspektif dalam catan
  • Sesuai untuk ciptaan tekstil, hiasan dalaman, ubin, perabot dan sebagainya.
kesam ton warna cat air
Contoh ton warna di alam sekeliling


Warna Kroma

Kroma adalah nilai ukuran kuasa warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna tersebut dengan penggenapnya. Nisbah campuran dengan warna penggenap akan menentukan nilai kuasanya.Kuasa warna kroma boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu cerah, sederhana dan pudar Warna kroma menggambarka kesan yang lebih pudar daripada warna asalnya.Hasil karya catan yang menggunakan warna kroma dapat menimbulkan perasaan rindusunyisedih dan nostalgia


Warna Neutral


Warna ton antara putih dan hitam
Warna neutral adalah pelbagai jenis warna kelabu yang tonnya terletak diantara putih dan hitam. Warna neutral juga merujuk kepada warna kroma campuran dua warna penggenap dengan nisbah tertentu dan menghasilkan warna baru yang telah hilang nilai kedua-dua warna asalnya. Contoh warna seperti ini ialah perangkhaki, warna kulit , sawo matang dan sebagainya.

Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Warna





No comments:

Post a Comment