Arca merupakan hasil
seni berbentuk 3 dimensi ( 3D ). Arca berasal daripada perkataan ‘ sculpture ’
yang beerti mengukir, memotong, menebuk atau melarik.Biasanya arca diletakkan
di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran. Nilai estetiknyadapat dihayati
dengan pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan arca bolehdipandang dari
pelbagai sudut pandangan. Arca juga terdapat dalam bentuk realistik atau bentuk
abstrak.
Banyak
arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa bersejarah,
atau kehidupan seorang tokoh. Arca bertujuan sebagai seni awam yangdipamerkan
di luar, tetapi kekadangnya juga dipamerkan di dalam bangunan awamuntuk
menegaskan sesuatu dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang
bolehditekankan melalui penggunaan perkataan.
Menjelang
abad ke dua puluh, apabila seni mencapai dimensi baru, arca berubahkepada ciri
abstrak dan membuka era baru dalam peradaban arca. Kategori arca
bolehdibahagikan kepada dua iaitu arca estetik dan arca berfungsi.Ciri-Ciri
Arca
yang baik dan kreatif Arca yang kreatif dan baik haruslah dihasilkan menepati
tema dan tajuk yang ingindiketengahkan oleh pengkarya. Kebiasaannya pengkarya
ingin berkongsi tema bersama dengan pengarca yang lain. Tema yang ingin
diketengahkan seperti perkongsian maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma,
cetusan emosi dan perasaan. Semua persoalan yang ingin diketengahkan haruslah
ada pada arca yangdihasilkan dan mampu menonjolkan persoalan berkenaan melalui
hasilan pengkarya.
Bahan binaan arca juga
haruslah sesuai dengan tujuan hasilan. Dalam pengkaryaanarca, asemblaj mewakili
karya yang agak bebas dan pelbagai penggunaan bahan danmedia. Maka dengan itu
kesepaduan dalam pelbagai penggunaan bahan dan mediadapat menjadikan sesuatu
arca yang kreatif dan menepati ciri-ciri sebuah arca bersesuaian denga
tema.Arca yang baik haruslah kukuh, kuat, selamat dan tahan lama. Sejarah
arcamembuktikan bahawa sebuah arca yang baik menggunakan alat dan bahan
terdiridaripada kombinasi yang padat dan kukuh.
Pengkarya
arca akan dianggap dapat menghasilkan sebuah arca yang baik apabila berjaya
mempelbagaikan bahan yang diadun atau dipasang dengan baik. Arcakhususnya
asemblaj mengadunkan pelbagai bahan lalu membentuk kesatuankomposisi yang
artistik.Arca yang baik dan kreatif juga haruslah berjayamengaplikasikan asas
seni reka, estetika dan etika pengkaryaan. Objek akan digubah berdasarkan asas
seni reka. Apabila asas seni reka ini diaplikasikan dengan baik dan betul,
penampilan karya akan menjadi lebih terancang dan rapi.
Akhir
sekali yang paling penting dalam menhasilkan sebuah arca yang baik dankreatif
ialah arca berkenaan haruslah bebas daripada ciplakan atau plagiat. Sebagai
pengkarya yang memahami hakikat keaslian, ciplakan adalah satu kelemahan
lebih-lebih lagi jika penghasilannya bertujuan komersial. Arca yang dihasilkan
haruslahhanya satu dan tiada ditempat lain
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
2 comments:
:)
Terima kasih atas penerangan yg ringkas dan padat. Sangat membantu dalam PdP tahun 4
Post a Comment