Friday, January 14, 2011 | By: Fazil'store

RODA WARNA


Roda warna yang pertama dicipta oleh Sir Isaac Newton. Beliau menyusun ketujuh-tujuh warna spectrum di dalam sebuah bulatan. Pada awal kurun ke-18, seorang rakyat perancis telah menemukan warna-warna utama yang dikenali sebagai TeoriMerah, Kuning dan Biru. Pada tahun 1777, seorang pengukir Inggeris mengemukakan sistem roda warna yang mengandungi tiga bahagian iaitu



A-Warna Asas (primer)
B-Warna Kedua (sekunder)
C-Warna Ketiga (tertier)

Pada asalnya roda warna ini terdiri daripada 18 hue. Tetapi telah diubahsuai oleh pelukis seterusnya dan akhirnya roda warna mengandungi 12 heu Roda warna yang digunakan oleh pelajar sekarang diubah suai dari sistem warna Munsel.
Kita berupaya menghasilkan berpuluh-puluh jenis warna dengan hanya berdasarkan kepada tiga jenis warna utama iaitu warna merahbiru dan kuningRoda warnayang mengandungi 12 warna itu sebagai panduan yang menunjukkan bagaimana campuran warna dilakukan peringkat demi peringkat daripada warna asas kepada campuran warna sekunder dan seterusnya warna tertier. Sebenarnya sistem ini boleh dikembangkan dengan labih meluas lagi

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 comments:

Post a Comment