Thursday, January 13, 2011 | By: Fazil'store

PROSES KREATIVITI


  1. PROSES KREATIVITI Terjemahan dari: Symbiosis Februari – May 2004, Technology Park Malaysia
  2. PROSES KREATIVITI 1. ILMU PENGETAHUAN mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkenaan tugasan atau masalah Jenis-jenis maklumat; • Maklumat bercetak (buku, artikel, bahan muat turun internet) • Maklumat lisan • Maklumat elektronik
  3. PROSES KREATIVITI 2. PENYELIDIKAN Mengenalpasti percubaan yang lalu dan membuat pendirian di mana tumpuan hendak diberi.
  4. PROSES KREATIVITI 3. MENDEFINISIKAN MATLAMAT / ARAH TUJU Mentakrifkan dengan jelas masalah yang hendak diselesaikan atau hasil yang dikehendaki. Mengenalpasti arah tuju penyelesaian masalah.
  5. PROSES KREATIVITI 4. PENGERAMAN (INCUBATION) • Tiada apa yang dilakukan pada langkah ini. • Menghasilkan buah fikiran atau idea yang memerlukan masa. • Idea tidak datang dengan segera. • Idea mungkin terbit pada keadaan yang tidak disangka. • Terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan kebuntuan.
  6. PROSES KREATIVITI 5. MEMBINA KEYAKINAN Adalah lebih baik mencuba pendekatan yang berbeza dari menumpukan pada satu idea. Idea adalah seperti batu loncatan; idea berkembang dari satu idea ke idea yang lain dan idea baru sering kali adalah gabungan berbagai idea yang ada.
  7. PROSES KREATIVITI 6. PENAPISAN Idea-idea perlu ditapis untuk mendapatkan cara penyelesaian yang terbaik. Idea-idea yang baik akan digabungkan untuk menghasilkan satu penyelesaian yang kreatif.
  8. PROSES KREATIVITI 7. MENYATAKAN DENGAN JELAS Mencari jalan untuk menyampaikan idea dengan berkongsi idea dengan pihak lain dan menggalakkan mereka untuk memajukan idea tersebut.
  9. PROSES DAN PENGHASILAN • Kreativiti adalah satu proses dan bukannya produk atau peristiwa. • Kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan dengan menggalakkan mereka menulis cerita, bermain muzik, menjalankan uji kaji dan sebagainya. • Kreativiti dikembangkan melalui aplikasi secara praktikal. • Kanak-kanak harus digalakkan mengalami dan mengenali secara umum beberapa ciri proses kreativiti.
  10. PENGALAMAN DAN PENGUJIAN • Sejak kanak-kanak berada di prasekolah, mereka telah mengembangkan daya fantasi dan berinteraksi secara kreatif. • Mereka belajar melalui pengalaman dan meneroka. • Mereka menunjukkan pencapaian kreatif dan berusaha meluahkan perasaan melalui hasil aktiviti seni. • Tugas orang dewasa memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka dan bereksperimen.
    1. PENGALAMAN DAN PENGUJIAN Terdapat 3 kaedah utama untuk menguji kreativiti; (i) Kaedah Psikometrik dijalankan menggunakan instrumen pengukuran seperti banci, borang soal selidik dan statik untuk mengukur kreativiti secara saintifik. Kaedah ini dilakukan dengan mengaitkan aspek kreativiti manusia iaitu perlakuan, personaliti dan kognitif.
    2. PENGALAMAN DAN PENGUJIAN (ii) Kaedah Historiometrik Menggunakan maklumat dari dokumen- dokumen-dokumen lama yang mengandungi ciri-ciri yang dimiliki oleh individu tokoh sejarah yang memiliki daya kreativiti yang tinggi dalam pelbagai bidang. Maklumat ini digunakan sebagai kriteria pengukuran kreativiti. Kaedah ini menggunakan pengukuran secara saintifik dan secara empirikal.
    3. PENGALAMAN DAN PENGUJIAN (iii) Kaedah Biografi Kaedah ini lebih kurang sama dengan kaedah histometrik. Kajian dijalankan terhadap ciri-ciri kreativiti yang dimiliki oleh pencipta terkenal. Kaedah ini menggunakan kaedah secara kajian kes yang lebih berbentuk naratif.
    4. MODEL WALLAS
    5. GRAHAM WALLAS • Dilahirkan pada 31 Mei 1858 dan meninggal pada 9 Ogos 1932. • Merupakan seorang sosialis Inggeris, seorang pakar psikologi, dan seorang tokoh akademik. • Beliau banyak mengemukakan idea berkaitan dengan proses pemikiran kreatif. • Model proses kreativiti diperkenalkan pada tahun 1926. • Dalam model ini, terdapat 5 peringkat proses kreativiti.
    6. (i) PENYEDIAAN (PREPARATION) • Minda difokuskan kepada isu atau masalah dan dianalisis atau diteroka. • Kriteria dibina untuk mengenal pasti penyelesaian yang boleh diterima. • Peringkat ini melibatkan langkah-langkah seperti membina rangka kasar, mendrafkan soalan dan idea-idea awal.
    7. (ii) PENGERAMAN (INCUBATION) • Individu menangguhkan proses kreativiti buat seketika dan melakukan perkara-perkara lain terlebih dahulu. • Idea dibiarkan mengeram dalam minda.
    8. (iii) ILUMINASI (ILLUMINATION) • Idea-idea yang kreatif tercetus secara tiba-tiba dalam keadaan sedar. • Mereka tiba-tiba mendapat idea bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah. • Pada peringkat ini individu melalui proses mengenal pasti karakter
    9. (iv) VERIFIKASI (VERIFICATION) • Ini merupakan peringkat terakhir. • Pada peringkat ini idea tersebut telah disahkan, dihuraikan dan diaplikasikan. • Aktiviti atau demonstrasi akan dijalankan untuk melibatkan apa yang terdapat pada peringkat iluminasi sesuai atau tidak dengan keperluan atau kriteria yang terdapat pada peringkat persediaan.
    10. IMAGINASI BERPANDU DAN KREATIVITI Menurut Edwards (1990); “Guided fantasy provides adults and children with opportunities to create symbols and images that are flexible and original in thought. Guided fantasies are fluent and ever changing. In the process of pretending and imaging, people can invent and elaborate on images that are as original and individual to them as their fingerprints.”
    11. RUJUKAN • http://bloggingresource.abufaris.com/idea/kr eativiti.html • http://en.wikipedia.org/wiki/Graham_Wallas. htm • http://members.optusnet.com.au/~charles57/ Creative/Brain/wallis.htm • Beaty, Janice J. 2004.Skills for Preschool Teacher. Merrill Prentice Hall. Elmira College, Emerita.

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 comments:

Post a Comment