Monday, October 8, 2012 | By: Fazil'store

JENIS-JENIS BUNGA UKIR



Terdapat lima corak bunga ukir yang terdapat dalam reka corak tradisional, antaranya awan larat, awan silang atau kerawang, awan bentuk huruf, larik dan semetri.

AWAN LARAT

Awan larat berilham dari alam iaitu awan yang berarak apabila ditiup angin. Ada pula mengatakan bahawa nama ini diambil sempena nama seorang anak kecil bernama Awang yang menggaris tanah hingga melarat-larat menjadi bentuk yang cantik. Gambaran inilah yang diabadikan oleh pengukir dalam ukirannya. Kebiasaannya pengukir mencipta daun, buah dan bunga hasil ilhamnya sendiri. Awan larat ini corak yang paling dimuliakan dalam apresiasi seni ukir Melayu Klasik. Ukiran jenis ini tidak diletakkan di paras pusat. Awan larat terbahagi kepada dua jenis yakni Awan Larat Melayu dan Awan Larat Jawa.


AWAN LARAT MELAYU ASLI



Awan jenis ini juga dikenali sebagai Awan Larat Jawi. Bentuknya mempunyai bunga yang besar dan jarang. Coraknya bermula dari satu tempat dan melarat memenuhi ruang yang lain. Batangnya berlingkar dan bertembung dengan daunnya yang berlipat lunak.


AWAN LARAT JAWA


Bentuknya lebih kecil daripada awan larat Melayu Asli. Daun dan bunganya rapat-rapat. Terdapat banyak bunga dan daun saling bertindih. Bentuk daunnya lurus dan tidak berlipat.


SILANG /KERAWANG



Bunga ukir bentuk ini adalah dalm garis yang bengkang-bengkok. Garisan bersimpang-siur seumpama akar yang berlegar. Ukiran corak ini biasanya terdapat dalam bentuk papan tebuk tidak silat.

AWAN BENTUK HURUF LARIK ATAU SIMETRI



Jenis ukiran berbentuk huruf yang dimaksudkan ialah huruf-huruf dalam al- Quran. Ukiran ini biasanya banyak terdapat di masjid. Awan jenis Larik berbentuk gerlang-gerlang pada batang bulat. Keindahan jenis ini terletak pada gerlang yang berkala dan tersusun. Ukiran ini biasanya terdapat pada tongkat, tiang-tiang ulu senjata dan sebagainya. Kebanyakannya mempunyai dua jenis larik. Awan jenis simetri biasanya terdapat dalam bentuk geometri Islam, misalnya corak swastika. Awan jenis ini biasanya terdapat di masjid atau mimbar.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

BENTUK-BENTUK SILAT


PEGERTIAN SILAT
reka bentuk ukiran timbul yang menonjolkan motif bunga ukir pada ukiran kayu.
jenis bentuk silat ukiran kayu:

SILAT BELAH ROTAN
bahagian tepu tebukan ukiran kayu silat ini dibulatkan separuh.

SILAT DADA TUMA
terdapat dua lengkungan separuh bulat, dan lengkungan pada silat ini kelihatan lebih hidup dan bergaya.

SILAT LAPER
silatnya hampir sama dengan silat belah rotan tetapi lebih lebar dan rendah.

SILAT SERONG
terdapat juring atau penjuru tajam pada tepi silat kerana silatnya serong.

SILAT MINANGKABAU
bahagian tengah silat tinggi dan tajam manakala kedua-dua bahagian tepi silat ini direndahkan.





Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

JENIS-JENIS TENUNAN




  •  tenunan Pahang
  • tenunan songket(benang emas)
  • tenunan pua (Sarawak).


Tenunan Pahang:
a. berasal dari Riau, Sulawesi
b. menggunakan benang kapas dan sutera
c. menggunakan bahan pewarna semulajadi iaitu daun terung( biru), kunyit( kuning), dan air perahan belimbing untuk mematikan warna.
d. di Kelantan dikenali sebagai tenunan balas atau setuli benang. Tenunan songket:
a. menggunakan benang emas dan perak
b. terdapat dua jenis songket iaitu tekat 3 dan tekat 5

Tenunan pua:
a. menggunakan teknik nikat dan celup ke dalam warna
b. digunakan untuk majlis kelahiran dan kematian serta popular di Sarawak.
Jenis tenunan:

a. kain sarung- mempunyai bahagian kepala, badan dan kaki , dan dipakai oleh kaum wanita.
b. kain bukang/samping - lebih kecil daripada kain sarung dan ke dua-dua hujung disambung untuk jadikan kain samping.
c. kain selendang- kainnya panjang dan mempunyai kepala di kedua-dua hujungnya. Dijadikan selendang.
d. kain destar/tanjak/tenggolok-kain dilipat dan diikat serta dijadikan perhiasan kepala.
e, kain lepas- tenunan tanpa corak-lebih kecil dari kain bujang
f. kain kampuh- menjadi kain kelubung atau kain sarung-selempang bahu untuk lelaki.

Motif tenunan
-fauna
-flora
-geometri
-banda
-makanan
-awan larat

Corak tenunan



Proses tenunan
Bahan-benang kapas, sutera dan linen
-pewarna dari sumber asli

Alatan-kek lantai atau kek injak kaki, kektangan,, jentera, sikat jentera, rahak, anak geliging, lidi buluh, torak, cuban, pelenting, pasong dan papan gulung.

PROSES MENENUN
a. Melerai benang-gunakan rahak dan pelenting-benang bewarna dimasukkan ke dalam rahak dan putar pada pelenting
b. Menganing-untuk mendapatkan ukuran panjang benang
c. Menggulung benang loseng-menggulung benang pada papan gulung
d. Menyapuk-benang loseng dimasukkan dalam gigi jentera
e. Mengarat-pembentukan dua lapisan benang loseng.
f. Menyolek-menyusun lidi-lidi buluh pada benang berasaskan corak
g. Menenun-menggunakan alat dipanggil kek tumpah atau kek injak-tenunan dilakukan dengan menjalin benang secara berselang seli antara benang loseng dengan benang pakan.
Struktur ragam hias songket:

Menenun:


Kek tenun biasa



Kek Tumpah(Tenunan Kain Pua )



Motif tenunan kain pua

a. Tempat duduk e. belira
b. kayu pesa f. anak kayu
c. tali gantung karat g. pasung
d. kayu pijak karat h. jentera(sikat)
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
Sunday, October 7, 2012 | By: Fazil'store

MOTIF-MOTIF UKIRAN KAYU




Keindahan dunia Melayu bukan hanya dalam seni pengucapan yang meliputi syair gurindam, jampi serapah, pantun teromba dan ratusan yang lainnya. Keindahan alam itu diabstrak pula pada seni ukiran. Terdapat dua jenis ukiran iaitu ukiran/sobek kasar dan halus. Sobek kasar melibat ukiran pada benda-benda besar seperti dinding rumah, pintu, rabung, sisp angin, perahu dan lain-lain lagi, manakala sobekan halus melibatkan peralatan kecil seperti kukur kelapa,rehal, hulu dan sampir keris, bingkai fram dan lain-lain. Apa yang ada pada sebuah rumah, akan ada pada perahu dan juga akan ada pada sebilah keris. Ukiran ini pula bukan hanya diukir atau pahatan kayu, tetapi juga melibatkan logam seperti perak, emas dan tembaga dan juga pada benda-benda lain. Motifnya diambil dari dan manusia serta haiwan ini dilakar dan digarap dengan gagasan, wawasan, aspirasi, falsafah, emosi dan intelektual banngsa Melayu. Penuh-penuh dengan lambang-lambang antara garis halus manusia dengan Penciptanya-antara manusia dengan Tuhan. Motif-motif itu adalah manifestasi dari:
a. manusia
b. tumbuhan dan haiwan
c. alam yang lebih luas

 fizikal manusia diolah diukir sebagai lambang, misal hulu jawa demam pada sebilah keris, ayam teleng, kerdas atau patah tiga, unduk-unduk dan banyak lagi menjadi objek seni ukiran halus yang dapat dikesan dari seni ukiran keris. Manakala ukiran kusriwa pada sampir yang berbentuk perahu juga mengambil motif deburan ombak dan sulur tunas.

ukiran ini juga ada pada sebuah perahu dan rumah atau bangunan Melayu. Motif-motif ini dapat dipecahkan kepada geometri, flora fauna, abstrak dan seumpamanya. Berapa contoh motif ukiran dapat dilihat seperti di bawah:

motif daun sayap


motif bunga raya


motif cinta mani


motif ketam guri


motif tari buaya

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

SEJARAH TENUNAN




Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain. Seni tenunan adalah suatu warisan yang terus mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan Nusantara. Faktor yang mendorong perkembangan seni tenunan ini dapat disorot pada kepentingan kedudukan rantau ini dari segi geografi. Sebagai tempat persinggahan kapal yang strategik, Nusantara menjadi tumpuan utama pedagang dari Tanah Arab, India dan China. Antara barangan yang didagang ketika itu ialah kain termasuk kain tenun. Oleh sebab itu, seni tenunan di Nusantara banyak dipengaruhi dari negara-negara tersebut. Di antara tenunan yang paling terkenal ialah Songket Melayu dan Tenunan Pua peribumi Borneo. Perusahaan tenunan ini banyak dilakukan di negeri Pantai Timur khususnya di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Teknik hasil kraftangan tenunan utama yang menampakkan keseragaman tekstil Melayu. Kain tenunan beerti kain atau tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat daripada benang.

Tenunan Pahang
Kain tenunan Pahang dipercayai berasal daripada Sulawesi dan dibawa ke Pahang pada abad ke-16. Tokoh yang bertanggungjawab ialah Tuk Tuan atau Keraing Aji yang berketurunan Bugis dan bermastautin di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang. Dari Pahang, corak ini berkembang ke Kelantan dan Terengganu. Tenunan Pahang menggunakan alat yang dikenali sebagai kei siam. Kedua-dua benang sutera dan benang kapas boleh digunakan. Motif utama ialah petak-petak dan jalur tegak atau melintang.
Tenunan benang kapas
Tenunan ini adalah tenunan biasa termasuk dalam kelompok tekstil sederhana iaitu jenis awal yang ditemui di wilayah budaya tekstil Melayu pesisir. Tekstil ini khususnya yang diperbuat daripada kapas dipakai oleh kalangan rakyat biasa. Tenunan biasa berhias corak hasil jalinan tenun benang pakan dan loseng berwarna. Pada peringkat ini, tenunan biasa masih di peringkat sederhana iaitu belum lagi diberi motif hiasan. Tenunan bercorak mula memperlihatkan keindahan khususnya apabila benang sutera atau benang emas diselit untuk mengimbangi motif jalur atau garis kecil seperti pada kain hujan emas. Hampir seluruh wilayah budaya tekstil melayu seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Riau-Siak, Sulawesi, Minangkabau, Palembang menghasilkan tenunan biasa atau tenunan becorak yang seperti ini.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

TENUNAN



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

PROSES MENGHASILKAN ANYAMAN

Anyaman Mengkuang

Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan.


Proses Menghasilkan Anyaman Mengkuang

1.    Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di bahagian umbi pokok. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu.

2.   Melayur
Daun-daun dilayur atas api atau boleh juga dijemur pada panas matahari hingga benar-benar kering dan layu. Tujuannya ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya. Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada tulang belakang dan sayap mengkuang dibuang dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari dan jari telunjuk.

3. Menjangka
Apabila duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua. Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka.



                     Melurut daun.

4.    Merendam


                    Daun diikat dan direndam 2-3 hari.

Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih.

5.    Mewarna bilah daun


                 Mencelup warna

Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan celup pewarna selama beberapa minit. Dahulu, cuma tiga warna yang popular iaitu merah, hijau dan kuning kerana bahan celup warna-warna tersebut mudah diperolehi. Warna merah daripada pokok kesumba, hijau daripada daun bemban, dan kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai warna dijual dengan meluas. Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut.


6.    Menganyam


     Proses menganyam saji

Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung saji.


Menganyam kelarai




Corak anyaman umumnya disebut kelarai.  Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung.


Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

JENIS-JENIS TEMBIKAR



               Tembikar Sayong (Labu Sayong)

1.   Dikenali juga sebagai labu sayong.
2.   Berwarna hitam,kuning tanah liat dan coklat.
3.   Tidak bersepuh (Poros).
4.   Perusahaan tembikar ini banyak dijalankan di Kg.Sayong, Kuala Kangsar, Perak.

Labu Sayong
5.   Jenis-jenis Labu:
Labu Tanah atau labu tela
Labu gombol atau labu air
Labu pucung atau kepayang
Labu gelugor
Labu panai
Labu bocong atau labu leper
Labu tela
Labu lepap
Labu belalai gajah





                            TEMBIKAR PULAU TIGA

   2.    Tembikar Pulau Tiga, Parit Perak .
Proses penghasilan labu Pulau Tiga hampr sama dengan dengan membuat labu sayong. Perbezaannya hanya dari segi pembakaran.
Labu Pulau tiga perlu dibakar selama 6 jam sehingga warnanya bertukar kepada coklat tua kemerahan.  Selepas itu  barulah dimasukkan tembikar kedalam bahan bakar dengan kepanasan 700 - 800 darjah celcius.
Pembakaran ini lebih kurang 2 jam.

3.


Pasu Sarawak
-tempat menyimpan barang-barang berharga, mengisi arak dan jambangan bunga
-berasal dari Sarawak dan bermotif tempatan

4. Kendi
-tempat memasak dan menyimpan air

5. Labu Sayong
-tempat menyimpan air
-berasal dari Sayong, Perak
-bermotif alam sekeliling dan geometri

6. Belanga
-salah satu jenis tembikar mambong
-berasal dari Mambong, Kuala Krai, Kelantan
-biasanya tidak mempunyai motif

7. Jambangan
-tempat meletak bunga
-badannya berbentuk labu yang ditinggikan

8. Terenang
-bekas air tertutup
-berasal dari Kg. Pasir Durian, pahang.
-bermotif flora dan fauna



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

FUNGSI TEMBIKAR



1.  Perak
- Tempat menyimpan air. Air di dalam labu menjadi sejuk.

2.  N.Sembilan
 – sebagai lapik tiang rumah. Banyak digunakan di Cenor, Jelebu NS.

3.  Sarawak
– Suku Kelabit simpan mayat dalam tempayan. Suku Land Dayak – buat   pekasam ikan dlm       tempayan untuk upacara Hari Gawai.

4.  Sabah
- Tempayan diguna utk panggil hujan.  Suku kaum murut simpan air tapai atau tuak dlm tempayan.    Tempayan juga sebagai hadiah perkahwinan, menyambut kelahiran bayi dan kematian

5.  Masyarakat Melayu Tradisi
- Sebagai tempat perembunan, perasap kemenyan, menyimpan air.
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

JENIS ALAT DAN FUNGSI PERALATAN TEMBIKAR



1. Pengukir –mengukir permukaan atau membuang bahagian berlebihan pada tembikar


2. Penepik – Meratakan permukaan tembikar


3. Span-Melicinkan permukaan tembikar


4. Alat pengukur- Mengukur ketebalan tanah liat, lebar dan garis pusat tembikar


5. Pengguris- Mencorak permukaan tembikar


6. batu sungai- Melicinkan permukaan tembikar sebelum dibakar


7. dawai pemotong- Memotong tanah liat yang telah diuli


8. penggelek- Meratakan tanah liat dalam bentuk kepingan





Alat pembakaran cara moden
Tanur kayu 

Tanur raku 
 Tanur gas 

Tanur elektrik


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

TEKNIK MEMBENTUK TEMBIKAR


1. Teknik picit

Dengan menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah.


2. Teknik lingkaran .Tanah liat digelek dengan tangan menjadi lingkaran panjang dan dilingkar membentuk tembikar

3. Teknik acuan . Tanah liat yang cair dituang ke dalam acuan plaster of paris dan dibiarkan dalam beberapa minit kmdn lebihan tanah liat di tuang keluar.


4. Teknik putaran . Menggunakan mesin pemutar. Tanah liat diletakkan ke atas mesin dan dibentukkan semasa mesin berputar.


5. Teknik kepingan
Kepingan tanah liat dicantumkan menggunakan slip tanah/tanah liat cair untuk mendapatkan bentuk




TEKNIK PEMBAKAR CARA TRADISIONAL

Pembakaran labu Sayong (salai). Tembikar disalai di atas para selama 6 jam. Kemudian dibakar di dalam api yang marak


Pembakar cara Pulau Tiga
Tembikar diding pada unggun api hingga kering. Kemudian dimasukkan ke dalam bara api.


VIDEO TEKNIK MEMBUAT TEMBIKAL LABU SAYONG




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

SEJARAH TEMBIKAR



1. Telah wujud sejak zaman Neolitik
2. Dihasilkan secara primitif menggunakan tanah liat dari sungai yang dibentuk dan keringkan bawah cahaya  matahari.
3. Tembikar primitif telah ditemui di Ulu Tembeling, Pahang, Gua Cha Kelantan dan kota Tinggi Johor.


CONTOH TEMBIKAR ZAMAN NEOLITIK


4. Hiasan pada tembikar terhasil secara tidak sengaja , dari ikatan pada permukaan tanah liat.
5. Negara Cina  merupakan pengeluar tembikar yang produktif.  Penggunaan kaedah lempar alin (wheelmethod) telah bermula sejak tahun 2000SM.  Di Mesir, Cyprus dan Crete, tembikar ditemui sejak zaman neolitik.  Di Malaysia, penemuan tembikar zaman purba ditemui di:
Gua Cha, Kelantan.
Gua Niah, Sarawak
Bukit Tengku Lembu, Perlis
Ulu Tembeling, Pahang
Bukti penemuan tembikar:
Di Johor lama –tembikar berbentuk tulang ikan
Di Perak – tembikar yang sama seperti ditemui di Jawa dan Sumatera.
Di Kota TInggi – ditemui tembikar jenis porcelain seperti di zaman Dinasti Ching di China.

6. Nama-nama tembikar di Malaysia

a.   Labu Sayong - dari Perak.
b.   Tembikar Mambong - dari Kelantan.
c.   Pasu Sarawak - dari Sarawak.



LABU SAYONG

7. Fungsi Tembikar Tradisi

a.  Perak - Tempat menyimpan air. Air di dalam labu menjadi sejuk.
b.  N.Sembilan – sebagai lapik tiang rumah. Banyak digunakan di Cenor, Jelebu NS.
c.  Sarawak – Suku Kelabit simpan mayat dalam tempayan. Suku Land Dayak – buat   pekasam ikan dlm       tempayan untuk upacara Hari Gawai.
d.  Sabah- Tempayan diguna utk panggil hujan.  Suku kaum murut simpan air tapai atau tuak dlm tempayan.    Tempayan juga sebagai hadiah perkahwinan, menyambut kelahiran bayi dan kematian
e.   Masyarakat Melayu Tradisi - Sebagai tempat perembunan, perasap kemenyan, menyimpan air.


8. Ciri-ciri Tembikar

a.     Poros, tidak bersepuh (tidak berkilat)
b.     Dibakar dengan suhu yang tinggi 700-800 darjah Celcius.
c.     Dibakar dengan teknik pembakaran terbuka.  Dibuat dari tanah liat terpilih.
d.     Teknikpembentukan tembikar dengan teknik picit.
e.     Ragam hias ringkas dan bermotif flora
f.     Tidak menggunakan warna pada tembikar.


9. Kawasan perusahaan Tembikar Di Malaysia.
a. Kampong Sayong, Kuala Kangsar Perak
b. Pulau Tiga,  Parit Perak
c. Lenggong, Perak
d. Bukit Gantang, Taiping Perak
e. Kampung Alor Merah, Kedah.
f. Sg. Dua, Seberang Prai, Pulau Pinang.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO